Mario, JDT bercerai??
- Toxidizer Black
- Jan 18, 2017
- 2 min read
Kurang 72 jam sebelum Sepak Mula Piala Sumbangsih yang menandakan permulaan perjalanan panjang kalendar bolasepak di Malaysia, peminat bolasepak tempatan dikejutkan dengan perpisahan Mario Gomez dan Juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Takzim.
Apa yang berlaku?

Kredit : FB JDT
Mario Gomez yang punya rekod cemerlang bersama JDT telah memilih untuk berubah haluan. Berita ini telah disampaikan melalui Presiden Kelab Bolasepak JDT, YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim melalui laman facebook rasmi JDT, di dalam posting itu Tunku Tun Aminah telah menyampaikan ucapan terima kasih di atas sumbangan cemerlang Mario Gomez sepanjang tempoh bersama JDT.
“Kami akan sentiasa mengingati pencapaian beliau yang berjaya membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua kejuaraan liga (2015 dan 2016) dan Piala AFC pada tahun 2015. Selamat maju jaya buat beliau dalam karier kejurulatihan pada masa akan datang.”
- Antara petikan daripada posting di laman fb JDT-
Menurut Tunku Aminah, keputusan itu di ambil untuk kebaikan kelab kerana falsafah dan matlamat kelab lebih penting dari segalanya.
Belum cukup dengan pemergian penyerang sensai Jorge Pereyra Diaz dan gandingan mantapnya Martin Lucero. Kini Mario pula yang akan pergi. Yang menambah derita ialah pemergian ini hanya diumumkan kurang 72 jam sebelum pertemuan JDT dan Kedah untuk menentukan juara piala sumbangsih.

Terdapat pelbagai andaian dibuat oleh peminat di laman sosial.
Adakah pemergian Mario disebabkan prestasi kurang memuaskan JDT pada pra-musim d Thailand? Agak mustahil jika perkara itu menjadi penyebab utama kerana keputusan setiap perlawanan bukanlah di tahap mengecewakan.
Tidak kurang juga yang mengatakan Mario Gomez akan mengambil alih tugas Ong Kim Swee untuk Harimau Malaya.
Siapa pula yang akan mengambil alih JDT?
Tidak kira apapun sangkaan dan andaian anda, lebih baik kita nantikan kata-kata dari Mario Gomez sendiri.
Semoga JDT dapat mencari pengganti yang sama ataupun lebih baik dalam tampoh kurang 72 jam ini. Setakat malam ini (18 jan 2017) difahamkan jurulatih JDT2 yang mengambil alih sesi latihan skuad JDT– Ini padang kita, Ini liga kita, Ini tanah tumpah darah kita!
.
Comments