Kelantan Sah beraksi!
- Toxidizer Black
- Jan 6, 2017
- 1 min read

Seperti dijangka kontroversi yang dicetuskan sebelum ini tidaklah seteruk yang disangka. Berita gembira buat peminat The Red Warriors, Kelantan tetap akan beraksi di dalam Liga Super 2017.
Di dalam sidang media sebentar tadi, Al Hamra dan Red One yang diwakili bekas presiden Kafa bersetuju menjadi penaja utama The Red Warriors.
Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Nor berkata keputusan itu dibuat selepas Kafa menerima wang berjumlah RM 3 Juta daripada kedua syarikat itu bagi memastikan Kelantan Fa dapat bersaing di dalam liga.
Antara isi pengumuman itu termasuklah Tan Sri Annuar Musa tidak akan kembali sebagai presiden, namun tetap akan menjadi sebahagian daripada pasukan sebagai penaja.
Satu konsortium juga akan dibentuk untuk meneruskan misi mencari penaja yang dijangka akan dibentuk sebelum 14 januari ini.
Pemain-pemain import akan ditandatangani dalam masa terdekat.
Akhir sekali, Kelantan Fa akan kembali menyarung jersi tradisi iaitu warna merah. Diharapkan penyokong kelantan akan terus berada di belakang pasukan demi memastikan kelantan terus menjadi antara kuasa besar bolasepak Malaysia– Ini padang kita, Ini liga kita, Ini tanah tumpah darah kita!
Comments