top of page

Poket Kosong, Tarik Diri

  • Writer: Toxidizer Black
    Toxidizer Black
  • Dec 30, 2016
  • 2 min read

( Logo : Selangor Fa, Perlis Fa, Kelantan Fa)


Kelantan fa, Selangor fa dan Perlis Fa. Apa persamaan tiga kelab bolasepak yang amat dikenali ini?


Ya, anda juga tahu. Mereka semua hampir pasti menarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2017. Selangor dan Perlis masih samar-samar, namun Kelantan sudah hampir pasti menarik diri selepas kongres luar biasa diadakan beberapa hari lalu.


Soalan pertama yang hadir ialah, kenapa nak tarik diri?


Bajet menjadi faktor utama mereka menarik diri. Kelantan fa yang ditaja sebanyak 16 juta pada musim lalu oleh syarikat kosmetik merupakan pasukan yang sering dilanda isu gaji namun masih mampu membeli ketua jurulatih dan pemain import. Sungguh menghairankan bagaimana isu ini boleh berlaku. Kegagalan mereka mencari penaja bagi musim ini mengeruhkan lagi keadaan. Malah, presiden mereka, Tan Sri Annuar musa juga meletakkan jawatan. Kemudian barulah timbul isu Selangor dan perlis juga menghadapi isu bajet. Menghairankan bukan? Ianya telah menjadi penyakit berjangkit.


Namun kisahnya sedikit berbeza bagi Selangor, terdapat sedikit isu politik apabila kita bercerita tentang pasukan ini (Maaf ini tidak dapat dielakkan). Presiden kelab bolasepak Selangor yang juga Menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah membuat tindakan drastik namun tepat dengan tidak memberi dana kerajaan kepada Selangor Fa. Perkara ini telah membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan exco yang mahukan dana daripada kerajaan negeri. Namun, disaat mereka sepatutnya mencari dana dan penaja yang sudi, tiba-tiba muncul isu FAS enggan membenarkan PKNS Fc iaitu team ‘adik’ mereka bertanding di dalam liga Malaysia. Namun di dalam kekalutan itu PKNS Fc berjaya juga mendaftarkan diri selepas menerima ihsan FMLLP yang menunda tarikh pendaftaran pasukan untuk PKNS Fc. Kemudian, FAS yang hilang punca pendapatan, menyatakan hajat hendak menarik diri yang menyebabkan ribuan penyokong The Red Giants berang. Macam mana tak berang, cari penaja entah sudah atau tidak, tiba-tiba hendak menarik diri. Isu ini juga membuatkan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin rasa terpanggil untuk memberikan nasihat. Antara cadangan Tengku Amir ialah agar presiden FAS memperkenalkan barisan baharu Fas yang berkeupayaan, bebas dari politik, dan mampu memberi impak positif pada pasukan.


Akhir kata, diharapkan ketiga-tiga pasukan ini dapat menyelesaikan isu masing-masing dengan aman dan tanpa kontroversi.. Tidak dapat dibayangkan bagaimana suramnya Liga Malaysia tanpa mereka. Liga jiran fokus persembahan global, kita pula fokus isu tarik diri. – Ini padang kita, ini liga kita, Ini tanah tumpah darah kita!

 
 
 

Комментарии


  • facebook
  • twitter
  • linkedin

©2016 by Off the pitch. Proudly created with Wix.com

bottom of page