Transfer News : Johor Darul Takzim Fc
- Toxidizer Black
- Dec 27, 2016
- 2 min read
The Southern Tigers, Kuasa besar bolasepak Malaysia sejak beberapa musim ini menjadi destinasi pilihan buat setiap pemain-pemain di Malaysia. Fasiliti dan pengurusan cemerlang menjadi tarikan utama kelab ini di samping budaya proffesionalisme yang tinggi di dalam kelab. Namun bagaimana pula di dalam jendela perpindahan kali ini? Adakah JDT sekali lagi memborong pemain bintang? Berikut merupakan pemain-pemain yang telah di bawa masuk ke JDT dan JDT 2 setakat ini.
Safawi Rashid – Pemain tempatan
Hazwan Bakri – Pemain tempatan
Nadzmi Faiz Mansor – Pemain tempatan
R Gopinathan – Pemain tempatan
Brian Fereira – Pemain import
Gonzalo Cabrerra – Pemain import
Gaby Guerra – Pemain Import
Pemergian Jorge Pereyra Diaz, Lucero, Amri Yahya dan Safee Sali mungkin menjadi berita gembira buat pesaing-pesaing JDT, namun, jika dilihat pemain pemain yang di bawa masuk ini bukanlah nama-nama biasa.
Ruang yang ditinggalkan oleh kapten skuad kebangsaan itu telah diisi oleh pemain yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemain paling bernilai di Malaysia iaitu Hazwan Bakri. Menjadi watak utama dalam prestasi Selangor beberapa musim ini, keberadaannya di JDT sudah di jangka.

( Kredit : Johor Southern Tigers Fb )
Nadzmi dan Gopinathan pula menjadi antara pemain Selangor yang berhijrah meninggalkan The Red Giants yang setakat ini terumbang ambing di dalam masalah luar padang. Dikhabarkan Nadzmi bakal dipinjamkan ke kelab luar demi perancangan jangka panjang JDT.
Brian Fereira, merupakan bekas pemain Independiente B dan mungkin pengganti terbaik buat Diaz memandangkan musim hadapan JDT hendak mengetatkan perbelanjaan. Gonzalo Cabrerra, pemain yang memiliki kontrak panjang bersama Al Faisaly di liga arab ini secara mengejut telah menyertai JDT.
Namun pemain import yang paling menarik perhatian ialah Gaby Guerra, pemain yang menyinar bersama PKNS Fc ini telah menarik perhatian JDT. Dikhabarkan akan disenaraikan sebagai pemain JDT 2 untuk dinilai sebelum diserapkan ke skuad utama.
Barisan JDT 2017 dijangka akan tetap teguh namun akan memiliki pencabar kuat seperti Melaka United, Perak dan Felda United. Nantikan barisan muktamad JDT yang akan diumumkan tidak lama lagi. Jika anda ada info perpindahan terbaru jangan segan-segan untuk menghubungi kami. – Ini padang kita, Ini liga kita, Ini tanah tumpah darah kita!
Comments