Transfer News : Sabah FA
- Toxidizer Black
- Dec 26, 2016
- 1 min read
Sabah yang tenggelam timbul sejak beberapa musim ini telah mengorak langkah awal dengan membawa masuk beberapa muka baharu ke dalam ‘keluarga’ mereka. Berikut merupakan beberapa individu yang telah dibawa masuk.
Adlane Messelem – Pengarah Sukan
Steve Vilmiare – Ketua Jurulatih
Jonathan Behe – Pemain Import
Masaya Jitzono – Pemain Import
Apa yang menarik mengenai individu-individu ini adalah tiga daripada empat mereka merupakan warga perancis. Sebelum mereka tiba di Kota Kinabalu lagi, sudah kedengaran rumours mengenai Sabah akan di sertai oleh trio perancis walaupun beberapa minggu sebelum itu SAFA menegaskan hanya akan menggunakan khidmat jurulatih tempatan.

(Credit : FB Sabah Football Association)
Kekuatan dan taktikal Skuad Badak belum dapat diukur sepenuhnya kerana Steve Vilmiare, 31 merupakan jurulatih yang masih muda walaupun mempunyai kelayakan A UEFA.
Jonathan Behe, merupakan pemain lincah yang berjaya meledak 19 gol daripada 23 perlawanan musim lalu ketika beraksi di Liga Singapura. Pemain ini memulakan karier sebagai pemain Montpellier selain turut pernah menyertai Hamburg SV di Jerman. Musim lalu dia beraksi untuk Warriors FC di Singapura.
Manakala Masaya Jitzono yang berasal dari jepun pula merupakan antara pemain Albirez Niigata Singapore FC yang menjulang trofi juara Liga Singapura buat kali pertama. Selain itu mereka juga turut memenangi piala komuniti Singapura.
Satu lagi slot import dijangka akan diisi oleh Sofiane Choubani yang pernah beraksi bersama skuad perancis u-19.
Barisan muktamad Skuad Sang Badak akan di ‘update’ secepat mungkin sebelum liga bermula. – Ini padang kita, Ini liga kita, Ini tanah tumpah darah kita!
Comments