top of page

Piala FA 2017 : The Fighters Dan The Southern Tigers Bertemu Awal

  • Writer: Toxidizer Black
    Toxidizer Black
  • Dec 24, 2016
  • 1 min read

(Credit : FMLLP)


Undian Piala FA 2017 baru sahaja berlangsung pada 22 disember yang lalu menyaksikan pertembungan hangat seawal pusingan kedua. Ayuh kita bincangkan perlawanan-perlawanan tumpuan.


Pertembungan yang pasti akan menarik perhatian seluruh peminat bola sepak tanah air sudah tentunya pertembungan di antara The Fighters dan The Southern Tigers. Ya, Felda United dan Johor Darul Takzim akan bertembung awal pada kali ini. Pertembungan ini dijangka menarik kerana Felda United kali ini tidak lagi dibimbing Irfan Bakti manakala JDT tampil dengan barisan serangan baharu tanpa Jorge Pereyra Diaz. Siapa pilihan anda?


Manakala pendatang baru liga super, Melaka United pula tidak menerima laluan mudah apabila diundi bertemu finalis piala FA musim lalu PKNS fc. PKNS fc tidak boleh mengambil mudah perkara ini memandangkan barisan hadapan Melaka United dijangka akan dikemudi oleh Kapten Skuad Kebangsaan, Amri Yahya. Jendela perpindahan juga menyaksikan Melaka United menjadi antara kuasa membeli paling berjaya.


Bercerita mengenai jendela perpindahan, Perak yang dilihat berbelanja besar diundi bertemu diantara PBMM atau SAMB fc dari liga FAM.


Skuad Kelantan yang dilihat agak terumbang-ambing pada ketika ini kerana beberapa isu diluar padanhg diundi bertemu pendatang baru liga perdana.


Pertembungan yang lain tidak kurang juga hebatnya namun, penulis merasakan peminat bola sepak tempatan sudah dapat menjangkakan kemenangan jatuh di tangan siapa. Tetapi, ini bola sepak, apapun boleh berlaku, angkat kepalamu dan berjuang habis-habisan, buktikan pada Malaysia, tiada yang mustahil – Ini padang kita, Ini liga kita, Ini tanah tumpah darah kita!


 
 
 

Comments


  • facebook
  • twitter
  • linkedin

©2016 by Off the pitch. Proudly created with Wix.com

bottom of page