FA sudah tidak relevan?
- Toxidizer Black
- Dec 17, 2016
- 1 min read

Di dalam Liga Malaysia 2015-2016 anda boleh melihat beberapa kelab bolasepak yang menggunakan fa pada nama mereka seperti selangor fa, sabah fa dan banyak lagi. Kelab-kelab seperti ini membawa nama negeri dan tidak melambangkan daerah atau komuniti setempat.
Mengapa ia sudah tidak relevan untuk bolasepak malaysia?
Pertama, mungkin kerana kelab seperti ini sering mendapat dana daripada kerajaan negeri dimana ianya menggalakkan kebergantungan kepada pemberian dana berbanding pencarian dana itu sendiri. Kelab harus bijak mencari dana sendiri agar kelab tidak terkena tempias sekiranya berlaku pergolakan politik dalam kerajaan negeri (Dibincangkan kemudian).
Selain itu, kelab seperti ini secara tidak langsung mempromosikan kecintaan kepada negeri berbanding kecintaan kepada keindahan bola sepak itu sendiri. Tidak salah cinta pada negeri sendiri tetapi janganlah sampai membawa kepada rasa benci pada negeri lain. Lihat sahaja di media sosial bagaimana perlakuan sesetengah penyokong yang sering kali bercerita tentang ‘Anak Jati’. Bukankah kita anak jati Malaysia? Tepuk dada tanya selera.
Seterusnya, kelab seperti ini sering kali terlibat di dalam permasalahan politik. Lihat sahaja apa yang sudah jadi pada Selangor dibawah pimpinan FAS. PKNS Fc yang berdiam diri turut terkena tempias perbalahan itu apabila hampir sahaja mereka tidak dapat mendaftar dalam liga Malaysia. Sebenarnya tidak salah orang politik hendak menempatkan diri di dalam industri bola sepak tetapi ingat, Niat perlu betul.
Akhir kata, mungkin terdapat beberapa faedah kelab fa, namun pernahkah anda mendengar kelab hebat dari luar negara dijenamakan Fa? Only in Malaysia – Ini padang kita, Ini liga kita, Ini tanah tumpah darah kita!
コメント