top of page

Fasiliti : Penting sangat kah?

  • Writer: Toxidizer Black
    Toxidizer Black
  • Dec 10, 2016
  • 2 min read

Fasiliti atau kemudahan sangat sinonim dengan bolasepak moden. Namun sejauh yang kita lihat hanya sedikit kelab di dalam Malaysia mencapai standard fasiliti yang sepatutnya. Mungkin ramai yang mengatakan liga dan kelab-kelab kita tidak kaya tidak usah lah membandingkan fasiliti negara luar dengan negara kita. Cuba anda lihat ke selatan sebentar, mengapa mereka mampu?

(Credit : Johor Southern Tigers)

Bukan hendak membandingkan kelab-kelab di Malaysia, tapi agar kita sedar sesuatu patut dilakukan dalam menentang minda usang yang mengatakan fasiliti tidak penting. Daripada berhabis jutaan ringgit untuk pemain import yang bermain hanya semusim, lebih baik dana tersebut digunakan untuk membina padang latihan berkualiti tinggi lengkap dengan gym dan kemudahan lain kerana perkara ini membantu pemain dan kelab dalam jangka masa yang lebih panjang.

Antara kepentingan utama pembinaan fasiliti ialah ;

  1. Memudahkan dan memantapkan urusan latihan.

  2. Mengurangkan risiko kecederaan.

  3. Secara tidak langsung membawa budaya proffesionalisme.

  4. Mengangkat martabat kelab.

(P.s – Kepentingan di atas adalah tertakluk pada fasiliti di padang latihan)

Setakat ini, Johor Darul Takzim mendahului dari segi fasiliti untuk pemain mereka, jauh meninggalkan kelab lain, mereka mempunyai padang latihan yang teratur, gym yang moden sehinggalah padang latihan tertutup. Lihat sahaja bagaimana prestasi mereka, hatrik kejuaraan liga utama disamping Untouchable 2016.


(Padang latihan tertutup JDT)

(Antara fasiliti di Padang Seri Gelam juga milik JDT)

Agak menyedihkan bagaimana kelab besar yang lain seperti tidak kisah tentang kepentingan fasiliti. Mengapa Selangor, Kelantan, Terengganu malah Sabah dan Sarawak tidak punya padang latihan khusus dengan fasiliti serba lengkap sedangkan nama-nama ini sudah sinonim dengan landskap bola sepak Malaysia. Mungkin sahaja dana yang besar diperlukan, namun sampai bila alasan ini akan digunakan? Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Upgrade sedikit demi sedikit jika tidak mampu membuat dengan skala besar.


Akhir kata, kelab-kelab di Malaysia perlu mengambil berat tentang fasiliti jika mahu bersaing di peringkat lebih tinggi. Siapa tahu dengan menjadikan fasiliti di negara kita di suatu tahap yang lebih tinggi, suatu hari nanti kita boleh layak ke World cup? Tidak salah bermimpi --- Ini padang kita, Ini liga kita, Ini tanah tumpah darah kita!


 
 
 

Yorumlar


  • facebook
  • twitter
  • linkedin

©2016 by Off the pitch. Proudly created with Wix.com

bottom of page