Petaling Jaya Rangers Fc
- Toxidizer Black
- Dec 9, 2016
- 2 min read

Foto : Logo Petaling Jaya Rangers Fc
Air asia Fc, yang bermain di kancah liga Fam (Divisyen 3) musim 2017-2018 telah membuat langkah bijak menjadikan kelab tersebut lebih mesra komuniti dengan mengambil keputusan menamakan semula klub tersebut kepada Petaling Jaya Rangers Fc.
Terdapat beberapa sebab mengapa ini merupakan langkah yang sangat bijak.
Pertama, majoriti kelab bola sepak yang dimiliki oleh syarikat korporat atau entiti bukan bersifat setempat di Malaysia sukar mendapat Fan Base yang kukuh berikutan kebiasaan penyokong menyokong sesuatu yang mewakili diri mereka atau tempat mereka. Lihat sahaja bagaimana keadaan stadium ketika final piala Fa 2016 didominasi oleh penyokong Johor Darul Takzim. Mungkin perkara ini masih boleh dinafikan kerana finalisnya ialah JDT Fc, iaitu suatu kuasa besar di dalam kancah bolasepak Malaysia, jadi penyokongnya ramai. Tetapi kita boleh melihat purata kedatangan bagi kelab seperti Pdrm mahupun Felda United begitu sedikit dan tidak sepatutnya berlaku bagi kelab yang bertanding di peringkat tertinggi Bola Sepak Malaysia.
Kedua, ianya membuka peluang bagi syarikat kecil setempat untuk turut sama menyumbang kepada kelab disamping mempromosikan syarikat mereka. Ianya situasi menang-menang kerana lebih banyak penajaan ke atas kelab, semakin kukuh kedudukan kelab. Contohnya, Syarikat kecil x (Hanya sekadar rekaan) yang bertapak di Petaling Jaya, boleh membuat persetujuan menaja kelab PJR Fc kerana kelab itu bukan mewakili syarikat korporat yang lain tetapi mewakili kawasan mereka. Syarikat besar atau entiti asal seperti Air Asia boleh menjadi pemilik atau penaja utama.
Ketiga, Saingan bolasepak Malaysia secara amnya menjadi lebih luas dan dekat kepada penyokong. Lihat sahaja bagaimana Borneo yang sangat luas hanya mempunyai empat kelab dalam saingan Liga Malaysia 2015-2016 ( 3 dari Sabah, 1 dari Sarawak). Semestinya kelab-kelab ini bertapak berdekatan bandar utama. Bagaimana pula penduduk di bandar berpopulasi tinggi yang lain hendak mendekatkan diri dengan Liga Malaysia? Liputan di Televisyen pula sangat sedikit. Jangankan Siaran tertunda, Siaran Langsung perlawanan liga super pun hanya dua yang ditayangkan setiap minggu perlawanan pada musim 2015-2016. Sangat menyedihkan.

Foto : Logo Air Asia Fc (Logo lama)
Konklusinya, diharapkan perkara yang dilakukan oleh Petaling Jaya Rangers Fc (Dahulunya Air Asia Fc) ini dapat memulakan domino efek pada landskap bolasepak Malaysia dan membawa kita ke era bolasepak moden. Selamat Berjaya juga diucapkan kepada Petaling Jaya Rangers Fc untuk saingan liga musim hadapan. --- Ini padang kita, Ini liga kita, Ini tanah tumpah darah kita!
Opmerkingen